Posted by
Nurhidayah Abdullah
at
19:33
Tersilap langkah
Hamba lemah.
Tidak punya apa-apa.
Perlu kebergantungan yang tinggi terhadap
Penciptanya.
Namun, berapa ramai sahaja manusia yang benar-benar
bergantung harap pada-Nya memohon pertolongan dalam apa jua keadaan?
Berapa ramai juga yang berpaling dari-Nya walau
sudah diberi petunjuk dan pertolongan oleh-Nya?
Sungguh.
Aku manusia biasa.
Mudah alpa.
Leka. Lupa akan Pencipta.
Sering juga melakukan larangan-Nya. Mengabaikan
perintah-Nya.
Pernah salah dalam membuat sesuatu keputusan.
Berpaling dari petunjuk yang telah diberikan
oleh-Nya.
Terlalu memandang dunia.
Menyangka keputusan yang telah dibuat itu adalah
betul. Benar. Tepat.
Namun, siapa yang lebih mengetahui hakikatnya. Dia.
Tuhan Yang Maha Mengetahu segala sesuatu.
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi
sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal
itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (
Al-Baqarah : 216 )”
Setelah itu, baru ku sedar.
Aku sedar akan keputusan yang telah dibuat itu.
Aku tersilap langkah. Telah salah dalam membuat
keputusan itu.
Hal itu hakikatnya mendatangkan mudharat bagiku.
Namun, waktu tidak boleh berpatah balik.
Kehidupan harus diteruskan.
Aku harus bertanggungjawab atas apa yang telah aku
lakukan.
Terkadang aku terfikir.
Mungkin ada juga hikmahnya. Tersembunyi.
Sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan sana.
Ya, Dia ingin aku sedar untuk belajar dari
kesilapan.
Dengan itu, aku akan menjadi lebih kuat.
Lebih matang dalam menghadapi apa jua situasi.
Aku yakin, pasti ada juga hikmahnya.
Masih ada peluang untuk membetulkan keadaan walau
mengambil masa yang lama.
Walau sukar sehingga terduduk merintih mengharap
pertolongan dari-Nya agar dipermudahkan.
Itulah hikmahnya.
Dia ingin mendengar rintihan hamba-Nya. Kembali
dekat dengan-Nya.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang
Aku, maka jawablah bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi
segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu
berada dalam kebenaran” (QS Al-Baqarah: 186).
0 comments: