KL + PWTC + DEMO
Posted by
Nurhidayah Abdullah
at
19:07
Menemani
kakak ke KL mencari tudung utk baju rayanya yg telah dibeli awal bulan 4 hari
tu =.=’ (saya semua dah settle.awal kan..puasa pun belum lg.ish..ish..ish..)
Kakak cari tudung ‘half-moon’(ok,saya kalau bab fesyen2 ni mmg out lah.half-moon
ke half-star ke apa2 jelah..)
Dalam berjalan
ke sana ke sini mencari, tiba2 saya terlihat 2 orang pegawai kuatkuasa menjalankan
tugasnya. Apa yg saya lihat ketika itu, mereka pergi ke seorang pakcik yg
menjual belon2 bermacam-macam karakter itu lalu mengambilnya. Dalam hati saya,
“Jual belon pun kena rampas ke?Kasihannya pakcik tu..” Habis semua belon pakcik
itu diambil oleh pegawai kuatkuasa tersebut dan pakcik itu berlalu pergi dari
situ. Sayu saya melihatnya. Saya terfikir, berapa agaknya kerugian yg dialami
oleh pakcik itu apabila semua belon yg dijualnya telah diambil. Mungkin tidak
banyak, tapi pasti amat besar nilainya utk pakcik tersebut menyara hidupnya.
Mencari duit utk makan dan minumnya. Saya terfikir lagi..apa pegawai itu tidak kasihan
kah dgn pakcik tersebut? Ya, mungkin mereka ada juga sifat belas kasihan itu,
tapi nak buat macam mana, itukan amanah dan tanggungjawab mereka juga. Ok,
noted.
(tak apa
pakcik..jgn risau..Dia Yg Maha Berkuasa sentiasa akan memberi rezeki kpd
hamba2-Nya. Kadang2 dari arah yg tidak disangka dan diduga.
Satu lagi fenomena yg selalu berlaku di kawasan
bandaraya Kualu Lumpur ini ialah orang yg kurang upaya seperti orang yg cacat
penglihatannya(orang buta) juga berusaha mencari rezeki dgn menjual tisu.
Ketika saya lunch di KFC dengan kakak, ada 2 orang buta dan seorang kanak-kanak
yg keluar masuk dari KFC tersebut sepanjang kami berada di sana. Sekali duduk
makan di sana, dah 3 orang. 2 orang buta tersebut macam biasa menjual tisu
manakala kanak-kanak tersebut minta sedekah sambil memegang naskhah Yasin di
tangannya. Sungguh Allah uji orang-orang seperti ini agar kita yg lebih senang
hidupnya membantu mereka yg diuji dgn kesusahan. Siapalah kita di hadapanNya.
Dia juga yg Maha Pemberi Rezeki..
“…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari yang tidak disangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(QS. 65: 2-3)
Ok, dah jumpa tudung kakak dan juga
untuk ibu yang dicari, singgah di SOGO utk solat Zohor. Sampai sahaja di surau
tersebut, tiba2 ada orang tegur dari belakang, “Hidayah ye?” Saya pun berpaling
ke arah suara tersebut. Tergamam+terkejut sedikit, “Nadddd..” (nama sebenar
Nadhirah) Nad merupakan sahabat sekolah lama saya di Kajang dulu. Jauh bebeno
merantau dari USIM sampai ke KL ni. Memang dah lama tak jumpa. Rindu pula zaman
sekolah dulu.
Next destination, PWTC. Ya, ada
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur(PBAKL) di sana. Ramai sangat orang dan
memang sesak. Al-maklum, hujung minggu. Dan dan je masuk ke pesta buku tu,
jumpa pula seorang ikhwah sekelas dgn saya. Pelik juga tiba2 jumpa dia di sana.
Bukan apa, kami dah bercuti 2 minggu takkan dia tak balik Penang lagi =.=’
ok,rupa2nya dia dah balik Penang but then datang KL semula, ada hal katanya. 0k,whatever..bukan itu yg saya nak cerita. Saya cuma nak kabo yg saya dah
habiskan baucer buku yg tinggal lagi RM200 di pesta buku ni! Memang excited lah
bila ada lagi RM200. So, apa lagi habiskan jelah semua baucer buku tu pada hari
ni. Settle~
Meh teman nak kabo(tetibe loghat
Perak), di booth Telaga Biru banyak bebeno diskaun yg diberi. Antara
20-40%!(wah,promote plak.hehe..) Harga diskaun untuk member dan non-member
lain. Tapi kalau bawa student card dapat la harga diskaun untuk member. Contoh,
diskaun untuk member 40% manakala non-member pula 30%. Kalau kita non-member
tapi bawa student card, dapat la diskaun 40% untuk member tu. Untung kan~ Di
Telaga Biru ni saya beli buku ‘Indahnya Hidup Bersyariat’ yg berharga RM44 sahaja daripada RM55 harga
sebenar. Majalah Solusi pula, 4 buah hanya RM10. Sangat murah berbanding sebuah
RM10 kalau nak diikutkan. Dah jimat RM30 kat situ ^^ Lepas tu, tumpangg kakak
punya baucer beli buku ‘Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia’ yg berharga RM14
sahaja daripada RM20. Kat bawah ni antara senarai buku yg saya beli meggunakan
baucer buku tu..
-Ensiklopedia Kisah Para Nabi : RM100 > RM80
- Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah : RM55 > RM45
-Indahnya Hidup Bersyariat : RM55 > RM44
-Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia : RM20 > RM14
-Kisah
Luqman al-Hakim dan Kebijaksanaannya : RM16.50(ada diskaun)
-Kisah
Asiyah Permaisuri Fir’aun : RM12(ada diskaun)
-4 buah majalah Solusi(pakej) : RM40 > RM10 sahaja!
Habis juga baucer buku dgn membeli buku-buku ni
Alright, dah habis tu saya dan
kakak pun keluar dari PWTC untuk pulang menaiki LRT. Naik jejantas, sampai kat
atas jejantas, nampak ramai orang berdiri di tepi jejantas sambil lihat ke
bawah. Kami pun pergi ke sana dan lihat ke bawah apa yang berlaku. Rupa-rupanya
ada demonstrasi ‘Tolak UMNO/BN’ oleh mahasiswa dan anak muda di hadapan The
Mall seberang PWTC. Ok,fine~ ada jugalah polis yg mengawal..kakak semangat
ambil gambar dan pos kat twitter. Dah habis dia tengok dan ambil gambar semua,
saya pun ajak kakak balik sebab nanti lg bertambah sesak pula nak naik
LRT(memang sangat sesak pun =.=’ ) Dalam perjalanan menuju ke LRT, kakak ada
lah juga cakap yang universitinya separuh kerajaan dan separuh swasta. Mereka
juga mmg tak dibenarkan untuk berdemo ni(saya dalam hati, awak kat Melaka nak
demo apa.hehe..) Selain tu, kakak juga ada cakap yg kawannya kata, sekarang ni
kita guna je semua apa yg kerajaan bagi macam baucer buku dan kad diskaun siswa
semua tu.Guna sehabis baik.Nak pilih kerajaan ke tak waktu piliharanraya tu
nanti, ikut hak masing2 lah. Kata kakak sambil berseloroh. Saya hanya diam dan
tersenyum J
Polis tetap juga menjalankan tugasnya agar keadaan
terkawal
Demonstrasi ‘Tolak UMNO/BN’ oleh mahasiswa/anak muda
Ok, sekian sahaja cerita
seharian berjalan pada hari ini dengan pelbagai peristiwa yang perlu diambil
iktibar dan dijadikan pengajaran. Setiap peristiwa yg berlaku hari-hari dalam
hidup kita, ada hikmah yg perlu dipelajari. Kadang2 hikmah itu tersembunyi.
Lalu, kita sebagai manusia yg dikurniakan akal perlu sentiasa berfikir akan
hikmah yg dijadikan Allah utk setiap peristiwa itu..wallahua’lam…
Teringat saya akan kata-kata Ustaz Hasrizal :
Jangan sekadar tunggu peristiwa berlaku, tetapi carilah peristiwa
yang berlaku untuk disubjekkan sebagai bahan zikir dan fikir.
0 comments: