Keliru~ antara cabang2 kehidupan..yang mana?
Posted by
Nurhidayah Abdullah
at
06:30
dia..ya, dia..siapa?saya?awak?bukan..dia..boleh
jadi sesiapa..
dia..cuba untuk berfikiran terbuka.terbuka??terbuka macam mana?optimis?ya, optimis..salah ke?bukan salah..tapi lihat kepada perkara apa
dia berfikiran terbuka..
ya,dia cuba untuk menjadi seorang yang berfikiran
terbuka.ingin lihat dan lihat apa sebenarnya yang mereka lakukan.dia tidak mahu
dikatakan sebagai pesimis sebelum melihat dan menerokai realiti sebenar
‘perkara’ yang mereka sedang lakukan itu.kenapa?
‘perkara’ itu?perkara apa tu?sebab
tu dia ingin tahu.kenapa?kenapa?banyak
manfaatnya?atau..banyak mudharatnya?setelah dia lihat sendiri,’perkara’
itu sudah pasti ada manfaatnya.bukan sahaja manfaat untuk dirinya malah untuk
keluarga dan orang sekelilingnya.jadi,dia mengambil keputusan untuk turut serta
bersama mereka.bersama mereka?ya, bersama mereka
melakukan ‘perkara’ itu.
Tapi..tapi..tapi???dia
juga mendapati ada mudharatnya tentang ‘perkara’ itu.mudharat??lebih
banyak mudharat daripada manfaat ke?ntah.jadi??jadi,disebabkan
dia ingin menjadi seorang yang berfikiran terbuka,dia menganggap mudharat itu
sebagai cabaran untuknya.ya,cabaran untuk dia menghadapinya dan membetulkannya.ah, mampukah dia??
Persoalannya,mampukah dia?kini,dia sudah mula keliru..antara
tanggungjawab dan ‘perkara’ itu.antara cita-cita dan kerjaya.
Tanggungjawab..ya,sudah pasti dia punya
tanggungjawab.antara tanggungjawab yang sedang dia galas sekarang ini ialah
sebagai seorang pelajar.menuntut ilmu demi mencapai cita-cita.Namun, ‘perkara’
itu membina kerjaya.kerjaya?ya,kerjaya walaupun
masih bergelar sebagai pelajar.bagi dia, itu adalah tidak mustahil.lalu,
bagaimana dengan cita-cita??cita-cita??dia makin
keliru..
dia..terdiam seketika.terfikir sejenak.apa sebelum ini dia tidak terfikir?berfikir?memikir?
bukan..sebelum ini dia telah
berfikir.mungkin,fikirannya kini telah salah.apa?salah?ya,dia
tersalah langkah.dia merenung kembali.dulu, sebelum dia membuat keputusan untuk
bersama-sama mereka melakukan ‘perkara’ itu, Dia Yang Maha Esa telah banyak memberi
petunjuk padanya.petunjuk mana yang betul dan mana yang salah.dalam hatinya,dia
sendiri dapat merasainya.Namun, dia saja yang berpaling daripada petunjuk-Nya.Terus
memikirkan ‘perkara’ yang dia lakukan itu untuk masa hadapannya juga.ah,benarkah?sampai begitu sekali
manfaatnya?oh,sebentar..mudharat..ya,bagaimana dengan mudharat??dia
keliru.kenikmatan dunia yang bakal dia kecapi hampir saja menutup mudharat di
sebalik ‘perkara’ yang dia lakukan itu.hakikatnya,dia sendiri menyedari akan
mudharat tersebut.mudharatnya,dia hampir saja mengabaikan pelajarannya.hampir?atau memang?tidur yang tidak cukup sudah pasti
mengganggu ke’fokus’an dia sewaktu dalam kuliah.tapi, mereka kata perlu
berkorban. Pengorbanan sebeginilah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Kejayaan?kejayaan bagaimanakah yang mereka ini
impikan?kejayaan apakah yang dia ini kejar-kejarkan?dia..berfikir lagi.Apa
sebenarnya tujuan dia melakukan ‘perkara’ itu.apa??baru
nak fikir tujuannya setelah dia melakukan ‘perkara’ itu ke?bukan..dia
sudah mula keliru..petunjuk dari Dia Yang Maha Esa sudah mula membuat hatinya
kian membuak-buak menyatakan dia tidak ingin meneruskan ‘perkara’ itu lagi
setelah difikirkan mudharat terhadap dirinya yang kelihatannya lebih banyak berbanding
manfaatnya.oh,benarkah mudharatnya lebih
banyak?tapi,bagaimana dengan mereka yang melakukan ‘perkara’ itu?itu,
mereka.situasi mereka berbeza dengan dia.dia, ada tanggungjawab yang lebih
besar untuk ummat.dia sedar.dia tidak boleh lari daripada tanggungjawab
ini.sebab itu,hati dia sentiasa tidak tenteram apabila bersama mereka.dia
seolah-olah ingin lari daripada tanggungjawab dia sekarang ini. Oleh itu, Tuhan
Yang Maha Mengetahui menariknya kembali.menariknya kembali ke jalan hakiki.
**’perkara’ itu boleh jadi apa sahaja.bagi ‘dia’ dalam
cerita di atas,’perkara’ itu merupakan sesuatu yang dia telah tersilap langkah.Kadang-kadang,
kita merasakan apa yang kita buat itu adalah betul,tapi hakikatnya
tidak.Mungkin,bukan perkara terbaik yang perlu kita lakukan sekarang ini.Apa
yang penting,perlu bijak dalam menentukan fiqh awlawiyat.Perlu lebih matang
dalam membuat sesuatu keputusan.Selain itu juga, tidak salah untuk berfikiran
terbuka.Tapi,tak usah terlalu terbuka.Perlu dilihat juga kepada perkara apa
yang perlu kita bersikap optimis.Jika secara terang-terangan sesuatu itu
membawa kemungkaran,untuk apa perlu optimis lagi?Cari jalan untuk
menghalangnya.Perlu diingat juga,bukan mudah untuk melaksanakan nahi mungkar
itu seorang diri.Mengapa?kerana manusia itu sendiri lemah.Jika iman tidak kuat
di hati, kelak memakan diri.
“Ya Allah, apabila
aku keliru dalam membuat keputusan, Kau bimbinglah aku. Tuntunlah
langkahku.Tunjukkan aku dalam istikharah dan munajatku kepada-Mu.Apabila
petunjuk itu telah Kau berikan kepadaku, jangan kau biarkan aku berpaling
daripada petunjuk-Mu itu.Sungguh, hamba-Mu ini amat lemah, ya Allah.Seringkali
alpa dan terleka.Oleh itu,peringatkanlah aku..”
0 comments: