Sambungan : Kembara mencari koje(kerja)..last2, dapat jadi apa??
Posted by
Nurhidayah Abdullah
at
06:55
Sebelum
saya cerita mengenai interview di syarikat Shahdana Technical & Machinery
Products tersebut, suka untuk saya cerita sikit mengenai perjalanan saya
bersama ayah mencari lokasi syarikat tersebut sehari sebelum temuduga. Kami
tahu Jalan Teknologi ni di mana. Cuma kami tak tahu lokasi sebenar syarikat
tersebut terletak di mana memandangkan di jalan ini terdapat banyak
kilang-kilang besar dan banyak pula persimpangannya. Pencarian kami bermula
pada waktu petang selepas ayah pulang dari kerja. Waktu tu, hari Isnin. Cari
punya cari, tak jumpa. Habis semua simpang kami keluar masuk. Tanya orang pun
mereka tak pasti dan tak tahu alamat syarikat tersebut. Last, saya keluar dan
bertanya pd pengawal kilang ‘LENO’. Mereka pun tak berapa pasti. Tapi yg pasti
ada perkara menarik yg saya lihat di situ. Terdapat iklan jawatan kosong sbg
kerani di situ. Pengawal tadi tu ada juga pelawa saya utk cuba mohon. (Ok,
sudah pasti. InsyaAllah esok saya akan ke sini lagi.) Misi mencari diteruskan
lagi. Namun, hampa..syarikat yg dicari tidak dijumpai.huhu..Apapun, it’s ok
lah. Sekurang-kurangnya saya dan ayah tahu ada kilang apa di Jalan Teknologi
ni. Kilang Sasbadi pun ada. Sebenarnya, Jalan Teknologi ni terletak di hadapan
rumah kami shj. Tapi, disebabkan tak selalu jalan2 kawasan kilang, asyik jalan
ke uptown shj, inilah jadinya =.=’ susah juga nak cari lokasi bila takda
aplikasi GPS ni.
Alright, selepas solat Maghrib ayah
sekali lagi mengajak saya untuk cari lokasi syarikat tersebut. Esok nak datang
interview senang. Dah tahu lokasi. Tak perlu tercari-cari. (ok,ayah..bagus2..tq
^^ ) Pencarian bermula sekali lagi. Beralih pula pencarian ke lokasi lain
selepas ayah bertanya pada kawannya. Cari dan terus mencari. Ok, tiada juga
berjumpa. Agak hampa juga sebenarnya. Tiba-tiba sewaktu dalam perjalanan pulang
saya ternampak iklan yg tertulis alamat ‘Bistari De Kota’ serta petunjuk arah
ke sana. Dalam alamat syarikat tersebut memang ada nama Bistari De Kota. Saya
terfikir, mungkin kah alamat ni terletak berhampiran restoran Gulam Mee yg juga
terletak pd arah yg sama dalam iklam tersebut? Saya pun bertanya pada ayah
restoran Gulam Meet u, apa nama kawasannya. Tapi, ayah pun tak tahu =.=’
Balik dari mencari lokasi, saya
meminta ayah hantar saya ke KFC yg terletak berhampiran dgn rumah. Ayah pula ke
gerai makan kawannya yg terletak berhampiran. Lagi pun, pada malam tersebut ibu
saya pulang pd pukul 10. Jadi, kami pun menanti ibu pulang dari bekerja. Sebaik
shj ibu pulang ayah sekali lagi mengajak untuk mencari lokasi syarikat tersebut
buat kali terakhir kerana ada seorang kawannya tahu alamat tersebut. Seperti
anggapan saya sebelum ini, ya memang betul syarikat tersebut terletak
berhampiran restoran Gulam Mee tersebut. Cuma, setakat ni kami tak tahu lokasi
sebenarnya di mana. Lalu, kami pun ke Jalan Teknologi, Bistari De Kota
tersebut. Ayah memandu kereta sambil saya dan ibu mencari nama Shahdana
Technical & Machinery Products. Sambil mencari terpandang pula Maahad Tahfiz
Darul Huffaz yg terletak di situ. Dalam hati berbisik, ok nak cuba tanya
kekosongan kerja pula di sini pd esok hari.hehe..Ok,sudah habis kawasan
tersebut kami lalu, tapi tiada juga berjumpa dgn syarikat yg bernama Shahdana
Technical & Machinery Products ini. Waktu ni rasa kecewa lah juga. Dah tak
jumpa nak buat macam mana. Ayah pun kata kita dah usaha, tapi tak jumpa juga.
Nampaknya, takda lah rezki. Kata ayah duduk rumah jelah. Saya semacam akur
juga. Tapi, saya perlu juga cuba untuk mencari kerja di tempat lain spt di
Maahad Tahfiz Darul Huffaz tadi. Sewaktu
ayah ingin keluar simpang dari kawasan tersebut, tiba-tiba mata saya
terpandang, ‘Shahdana Technical & Machinery Products’. Saya minta ayah
berhentikan kereta. Ya, betul, Shahdana Technical & Machinery Products! Inilah
yg kami cari sejak tadi! Alhamdulillah..jumpa juga akhirnya.. ^_^ Ayah dan ibu pun dah tahu syarikat ini di
mana. Senang~ Lagi pun tak jauh dari rumah. Ok, settle untuk hari ni dah jumpa
lokasi sebenar. Walaupun, dekat shj dgn rumah, tapi ambil masa 3 kali pencarian
baru jumpa. Hehe..nampak benonya tak habis lagi round satu Kota Damansara ni.
Kalau nak round pun memang satu hari pun takkan habis. Banyak bebeno seksyen
nya =.=’
Keesokan harinya, lebih kurang pukul
9 pagi saya keluar dari rumah berjalan kaki seorang diri menuju ke syarikat
tersebut untuk interview pada pukul 9.30 pagi. Ibu dan ayah telah keluar
bekerja. Hampir 15 minit juga berjalan kaki menuju ke sana. Takpa, dah biasa.
Di UM pun dari kolej kediaman ke dewan peperiksaan ambil masa 15 minint juga
berjalan kaki ^_^ Pagi ni, misi saya
adalah menghadiri interview di syarikat Shahdana, cuba untuk pergi interview di
kilang LENO semalam dan juga bertanyakan kekosongan kerja di Maahad Tahfiz
Darul Huffaz yg terletak berhampiran dgn Shahdana. Sampai sahaja di pejabat
tesebut, saya perlu mengisi borang. Setelah mengisi maklumat dalam borang
tersebut, bos syarikat tersebut baca maklumat yang telah saya isi kemudian
bertanyakan beberapa soalan. Saya juga telah memaklumkan kepada beliau bahawa
saya hanya boleh bekerja untuk 4 bulan sahaja kerana saya masih belajar.
Kemudian, bos itu bertanya, “Ok,bila boleh mula kerja?” (dalam hati saya
berbisik,”eh,dah lulus interview ke?”hehe..) terus saya jawab persoalan
tersebut. Saya kata esok boleh(Rabu), minggu depan pun boleh. Lalu, bos pun
berkata, “Ok, kalau macam tu, esok dah boleh start kerja lah. Kita start 8.10
pagi, balik 5.40 petang.” Wah, terkejut juga saya dibuatnya. Terus diambil
bekerja. Alhamdulillah ^_^ Nampaknya,
hasrat saya untuk cuba pergi interview di kilang LENO dan juga bertanyakan kekosongan kerja di
Maahad Tahfiz Darul Huffaz terpaksalah dibatalkan. Dah dapat koje kerani di
Shahdana ni. Sebelum berlalu dari pejabat tersebut, saya menyerahkan
resume,salinan kad pengenalan dan dokumen berkaitan kepada bos tersebut.
Dalam perjalanan pulang ke rumah,
saya mula berfikir akan hikmah yang berlaku. Semalam, Allah menyukarkan saya
dan ayah mencari lokasi syarikat Shahdana ini kerana pada hari ini Dia ingin
memudahkan saya mendapatkan pekerjaan sebagai kerani di syarikat ini. Allahu
Allah. Sungguh hebat perancangan-Mu. Ya, di sebalik setiap kesusahan itu pasti
ada kesenangannya. Alhamdulillah..
"Bersama kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan."
[al-Insyirah, ayat 5 dan 6]
Keesokan harinya iaitu pada hari
Rabu bertarikh 24 April 2013, bermulalah tugas saya sebagai seorang kerani di
Shahdana Technical & Machinery Products, sebuah syarikat yang membekal dan
membaiki mesin-mesin pejabat seperti printer,mesin faks,shredder dan lain2.
Pada hari tersebut, saya diterangkan mengenai operasi syarikat dan tugas saya
sebagai kerani. Saya ditugaskan untuk membuat surat-surat seperti quotation,
invoice, delivery order dan sebut harga kepada pelanggan-pelanggan
syarikat. Saya juga ditugaskan untuk menjawab panggilan dan menghubungi
pelanggan-pelanggan syarikat tersebut serta menghantar faks kepada mereka. Bab
menjawab panggilan dan menghubungi itu saya agak gemuruh sedikit juga pada
mulanya kerana pelanggan-pelanggan syarikat Shahdana ini bukan calan-calang.
Saya perlu menjawab panggilan dan menghubungi jabatan-jabatan dan
kerajaan-kerajaan di Malaysia seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar
Negeri, Pejabat Pos Negeri,Akademi Pencegah Rasuah, Mahkamah Persekutuan, KWSP
dan lain-lain. (ok,fine =.=’ ) Dari sini
lah saya perlu belajar untuk berhadapan dengan orang dari jabatan dan
kementerian. Itu semua pengalaman. Hari pertama bekerja saya sudah ditugaskan
untuk membuat surat-surat, tandatangan siap cop sekali(dah macam orang besar pula
siap tandatangan dan cop bagai.hehe..). Kalau tak silap, pada hari pertama tu
saya perlu buat surat untuk dihantar ke Jabatan Perdana Menteri.(wah!tak sangka
sampai ke sana surat yg saya buat tu.hihi..*itu pun nak kecoh*)
Meja tempat saya bekerja
Oh ya, pada hari pertama saya
bekerja tu, tiba-tiba dapat pula panggilan interview untuk jadi guru ganti di
Sekolah Rendah Islam al-Faizeen yang pernah saya mohon minggu lepas tu. Tapi,
guru ganti selama 2 bulan sahaja kerana ada guru cuti bersalin. Nampaknya, tak
dapatlah saya menghadiri interview tersebut untuk menjadi guru ganti walaupun
pada hakikatnya saya memang ingin mencari pengalaman sebagai seorang guru pada
mulanya. Tapi, nak buat macam mana. Kerja sebagai kerani telah memanggil saya
dulu. Mungkin ini yang terbaik untuk saya. InsyaAllah J Apapun, alhamdulillah, tugas saya sebagai kerani setakat
ni berjalan dengan baik. Kerja pun tak busy sgt. Relax sahaja~ Buat surat,faks
surat,buat panggilan,jawab panggilan. Tak ada kerja boleh baca buku.hehe.. ^^
assalamualaikum..sy skrg tgh mencari pekerjaan..search pnye search then jumpe blog ni..satu pengalaman yg bagus..sy nak tnye syrikat shahdana tu syarikat melayu ke?sbb sy sgt tertarik sgt nak kerja sbg kerani..search tp xjumpe psl syarikat ni..harap blh membantu sy yg msh mncari pkrjaan ni..
ReplyDelete