Kembara mencari koje(kerja)..last2, dapat jadi apa??
Posted by
Nurhidayah Abdullah
at
06:45
Cuti selama
hampir 4 bulan lebih bermula pertengahan bulan 4 hingga bulan 8, nak buat apa?
Duduk di rumah goyang kaki saja? Keluar jalan-jalan di pasaraya/bandaraya?
Layan drama/movie jepun dan korea? Tolong mak ayah buat kerja rumah spt
memasak,menyapu dan basuh baju segala? Nak buat apa ya?
Saya? Of course saya memilih untu
bekerja. Cari pengalaman..yelah,adik beradik 2 orang je. Kakak masih belajar di
Melaka sana, ibu dan ayah keluar bekerja. Ayah, petang baru balik, ibu pula
tidak tentu waktu habis kerjanya. Kadang2 sampai ke malam.
(oh,sadisnya..kasihan saya tinggal di rumah keseorangan.*tetiba*) Yup, itu
antara faktor juga kenapa saya ingin bekerja berbanding duduk di rumah sahaja
tak ada buat apa(bak kata orang, ‘menghabiskan beras je’ hehe..) Kalau duduk di
rumah pun, sorang2 je, tiada teman berbicara..(ok,ni semua poyo je..)
Lalu, bermulalah kembara saya ke
sana ke sini mencari kerja. Buka laman web itu dan ini mencari kalau2 ada
peluang pekerjaan utk saya. Ya, memang sgt banyak kerja kosong sebenarnya. Nak
dijadikan cerita, saya ada juga memohon kerja sebagai kerani di Majlis
Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) dengan mengisi borang secara online di wesite
MBPJ tersebut.( semangat nak koje punya pasal..) Yang lain2 pun saya ada hantar
resume ke alamat e-mel yg diberikan.
Alright, minggu pertama cuti, ada
satu hari ni saya keluar menaiki bas menuju ke seksyen 8 yg terletak
berhampiran dgn rumah saya untuk mencari kerja. Resume dan dokumen semua saya
dah siapkan(semangat!) Sampai sahaja di sana, saya terus menuju ke ‘Genius Aulad’ untuk bertanyakan sama ada terdapat
kekosongan kerja di sana. Akak kerani di situ meminta saya menyerahkan dokumen
kepadanya dan kemudian dia akan menghantarnya ke HQ(headquarters). Ok, saya pun
beri resume kepadanya.(dalam hati berharap agar ada kerja kosong di Genius
Aulad tersebut) Next, saya menuju ke pejabat urusan
majalah Anis yang terletak berhampiran dengan Genius Aulad tersebut.
Saya pun bertanya sama ada kekosongan kerja atau tak. Kerani di situ terus
menjawab tiada. Alright, it’s ok..Next destination, Sekolah
Kafa Integrasi al-Mubarak yg juga terletak di seksyen 8. Saya berjalan
kaki menuju ke sana, dan apabila sampai shj di sana, saya lihat pejabat sekolah
dah tutup tapi waktu pembelajaran masih berjalan seperti biasa. Kedengaran
suara ustaz/ustazah yg sedang mengajar anak-anak muridnya. Di pintu pejabat
tersebut tertera waktu urusan pejabat dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari
shj. Ok, waktu tu saya sampai di situ dah pukul 3 mcm tu =.=’ saya pun hanya
mengambil no tel pejabat shj lalu berlalu menuju ke perhentian bas untuk ke Sekolah Kafa di seksyen 7 pula. Setelah menaiki bas,
tiba2 pada hari tersebut bas tak lalu pula seksyen 7 =.=’ (hancur sudah harapan
utk ke sekolah tersebut.terkilan) Sebelum ni,waktu study week saya pernah ke
sana utk bertanyakan kekosongan kerja.Tapi,waktu tu cuti sekolah.Pejabat pun
tak buka.Ok,dah mmg takda rezki kat sana,takpa la.. :’(
So, saya pun terus menuju ke rumah saya
di seksyen 6(nasib baik bas ni lalu seksyen 6 =.=’) Sebelum pulang, saya
berjalan-jalan di kedai2 seksyen 6 tersebut. Di sini pun, ada banyak pusat
tuisyen,kedai dan pejabat. Tiba-tiba, langkah saya terhenti di hadapan Sekolah Rendah Islam al-Faizeen yg juga terletak di
bangunan kedai-pejabat seksyen 6 tersebut. Lalu, saya pun terus menuju ke
pejabat sekolah tersebut. Saya pelik. Tiada sesiapa di sana. Tapi, ustaz dan
ustazah yg sedang mengajar pelajar2 di situ ada. Dalam hati saya berkata,
mungkin guru besar nya pun mengajar juga agaknya. Ok, tak apa. Saya ambil no.
telefon yg tertera di situ. Next, saya berjalan dan terus berjalan sambil
membaca iklan jawatan kosong. Memang ada banyak jawatan kosong. Tapi, saya
lebih berminat terhadap iklan jawatan kosong sebagai kerani di Shahdana
Technical & Machinery Products. Jadi, saya ambil juga no telefon yg tertera
di situ. No telefon pusat tuisyen di seksyen 6 ini juga saya ambil. Oh,penat
juga seharian berjalan mencari kerja. Ingat senang nak dapat kerja agaknya. Tak
apa..biar..biar saya sendiri merasai bagaimana rasanya mencari kerja. Bagaimana
untuk memohon kerja. Itu semua pengalaman berharga.. ^_^
Next day, saya cuba menghubungi
syarikat Shahdana Technical & Machinery Products. Ermmm..tiada jawapan =.=’
tak ada orang angkat. Saya fikir mungkin awal sangat saya saya call pukul 9
pagi lebih tu =.=’ ok,next saya mesej ke nombor telefon yg saya ambil dari
Sekolah Rendah Islam al-Faizeen semalam. Ada jawapan J Beliau meminta saya menghantar resume. Alhamdulillah,
mudah-mudahan ada berita baik ^^ Jadi, sepanjang seminggu saya bercuti, saya
hanya duduk di rumah menanti jawapan permohonan kerja daripada semua pihak yg
telah saya hubungi dan resume yg telah saya hantar kepada mereka. Oh ya, untuk
pengetahuan, sewaktu cuti study week juga iaitu pada akhir bulan 3 saya juga
ada memohon kerja sebagai guru di Sekolah Rendah
Kebangsaan Seksyen 6 yg terletak
berhampiran shj dgn rumah saya. Sebelum tu saya ke PPD untuk mengambil borang
dan kemudian saya sendiri ke sekolah tersebut bertanyakan sama ada terdapat
kekosongan sgb guru atau tidak. Kerani di sekolah tersebut meminta saya
menyerahkan borang yg saya ambil dari PPD dan juga resume. Setakat ni, ibu saya
mempunyai kenalan yg bekerja sebagai guru di sekolah tersebut. Katanya, dia
cuba berbincang dgn pihak sekolah. Ibu saya kata kawannya itu bertanya kalau
ajar agama boleh ke? Ibu saya jawab, boleh sgt sbb dia(merujuk kpd saya) dulu
pun sekolah agama.hehe..tapi, tak tahu lagi macam mana keputusannya. Saya tahu
bukan senang utk memohon sbg guru melainkan kalau ada guru cuti bersalin, boleh
la utk jd guru ganti. Ok..apapun, banyak juga pekerjaan yg saya mohon =.=’
Next week, hari Isnin,(minggu ke-2
bercuti) tiba2 hati saya terdetik untuk menghubungi sekali lagi syarikat Shahdana
Technical & Machinery Products memandangkan setakat ini tiada lg jawapan
mengenai permohonan kerja saya sebelum ni. Ok, kali ni ada jawapan. Beliau
meminta saya menghadiri interview pada esok hari..
*Pada esok
hari, apa yg berlaku? Berjayakah saya menghadapi interview tersebut?*
BERSAMBUNG~
0 comments: